Bless OR Test

Siapa yang sedang berbakti jaga orang tua meh follow sini...
Mohon share tips for my references.

Aku nak mula blogging balik.
Sebab aku rasa aku dah tak tau nak salurkan rasa stressed, depressed, hypertension,exhausted dan pelbagai rasa lagi dalam diri aku ni kat mana.

Since my mom takda, aku rasa aku yang banyak jaga bapak aku. Sebab aku yang dekat. Aku kat penang and kampung aku kat perlis. So boleh kata since my mom takda.. Every week aku balik.

Long story short, now i rent a house and bawak bapak aku dok penang. Tapi kejap2 jela since orang tua kan... Mana mau tgl rumah dia lama2.

The problems is, perangai cepat marah aku ni buatkan aku rasa lagi banyak dosa dari pahala yang aku dapat dengan jaga bapak aku ni... Kadang aku pon xpaham.. Samaada aku yang baran atau bapak aku ni yg slalu sangat uji kesabaran aku.. 😂

Orang cakap memang senang... Bagus jaga orang tua. Pahala banyak... Tapi kalau pasangan depa ada lagi ok... Bila sorang dah xda, lebih2 macam kes aku ni mak aku xdak, memang susah. Sebab kita xpaham bapak kita mcm mak kita paham dia. TAPI dia expect and nak kita paham dia mcm mak kita paham dia. U get what i means?

Kadang2 aku rasa hari2 Allah murka and malaikat laknat aku sebab dok marah bapak aku...  But how??? Kalau bab minum ayaq masak pon kena perang mcm nak minum racun?? Tu baru ayaq masak.

You Might Also Like

0 comments