Melaka La La La (Day 1)

Antara makan dan jalan, I choose both =) 


Pagi - Sampai ja, gigih cari tempat makan. Nak check in pon lambat lagi.
Maka berbekalkan sedikit khabar angin viral, merantau la ceruk kampung cari roti canai kayu arang.
Actually tepi jalan ja kedai ni. TAPI, dek kerana membabi buta follow miss complicated a.k.a google map, menyelit jalan kampung la we olls.
Overall, biasa ja roti  canai dia. Roti canai kat sebelah utara ni sedap lagi.
Kuih muih banyak.
Nasik lemak not bad.
Ada makanan lain lagi such as sate and chicken chop (for breakfast?? western nau orang Melaka)


     Roti canai kayu arang

Lepas makan, we olls ada berjam-jam lagi before check in.
Next stop white sand @ klebang.
Macam yang aku cakap kat previous entry, kalau kudrat dan stamina segagah juara MILO, hampa boleh jalan sejauh 3-4km (15-20 minutes) untuk sampai ke lokasi white sand.
Daripada hasil pencarian melalui google, dulu ada khidmat 4 wheels drive, tapi time kami pi dah tak ada dah. Laluan masuk pon  di halang dengan tiang besi besar balak, (maap lupa snap gambar).
Jangan komplen, hakikatnya tempat ni bukan la kawasan pelancongan yang legal. Tanah hak milik persendirian. Pasir-pasir indah tu di gunakan untuk kerja construction sebenarnya.
Anyhow, kalau nak gigih berjalan, make sure bawa :
1. Air mineral/minuman secukupnya
2. Payung/Topi pantai kalau nak lebih vogue
3. Shade/rayban sebagai pelindung daripada panas terik dan UV (padahal nak bajet hot. Hahaha) 
4. Pakai kasut yang selesa
5. Baju spare if lepas tu nak ke tempat lain. Kalau dak bau bangla la weyy.
6. Kawan/teman. Jangan pi sorang-sorang. Bahaya.
*MAKE SURE BATTERY HP FULL OR BANYAK. KALAU DAK MEMANG SYAHDU DAN PENUH EMOSI LA JALAN BERBATU-BATU TAPI XLEH AMBIL GAMBAR NAK SHOW OFF KAT INSTA. Heee





Kesian. tak ada white sand, batu dan lalang pon bolehhh




Pengubat penat lelah dan kecewa tak mampu ke white sand


Klebang Original Coconut Shake

Sementara nak tunggu time check in, singgah lepak Pantai Klebang.
Amazing, walaupun pukul 1PM, area Pantai Klebang agak redup dan berangin. Best!

Membunuh masa di Pantai Klebang
Pukul 2PM, check in. Mandi,makan dan membuta.
Lepas regangkan otot-otot masing-masing, pukul 6 keluar lagi.
Pi the famous Red Building dan A Famosa Resort
Tak tau pasai pa, bila sampai kat AFamosa ni, rasa macam balik kampung.
Feel like home gitu. Mungkin darah orang Portugis mengalir dalam diri ini. *Puiiii*

Jiwa seni antik kuno dan old style 

Langit tak pernah mengecewakan. Betul x?

You Might Also Like

0 comments